I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 11, 2010

Exam Datang Lagi!

Amboii entri macam menyambut kedatangan bulan Syawal pula kan. Apa-apa pun, penulis memang sangat menantikan bulan Exam atau dikenali sebagai bulan menjadi Zombie kerana kebiasaan pada tempoh waktu begini penulis akan berjaga hampir setiap malam untuk mentelaah pelajaran. Best woo jadi Zombie, boleh kacau si dara tengah malam melalui mesej 1sen Celcom. Call pun murah. Demi mu ilmu ku sanggup lakukan apa jua..SAYANGGG AWAK ILMU! (gila hipokrit)

Exam yang berpanjangan dan menelan masa hampir 1 bulan ini menjanjikan emosi kurang stabil buat penulis, apatah lagi penulis telah berada di tahun akhir pengajian. Menjadi lumrah kehidupan, semakin nak habis study semakin payah la kan silibus dan semakin busy. Yeke busy? yang kau duk rajin update blog kau ni tak kira busy plak?

Owhh..itu tanggungjawab sosial namanya.


Baiklah tak nak bebel panjang, di kesempatan yang ada ini penulis akan menyelitkan beberapa keping gambar berunsurkan haiwan ganas. Yeahh gambar-gambar ini menunjukkan emosi penulis di kala exam mengambang! Tension dowh..Arghhhh!!













Melihatkan gambar perlawanan ekslusif mereka di atas ini, percayakan kamu semua bahawa penulis turut bertarung sedemikian rupa di bulan exam ini? Apa pun, tahniah kepada Cheetah kerana berjaya menewaskan sang buaya. Kesimpulannya, belilah baju jenama Cheetah dan usahlah memakai baju Crocodile kerana baju Cheetah lebih tahan lasak.



Dah la, Zombie nak sambung study. Layan u'alls ni sampai esok pun tak habis. Daaa..~




Sekian, Peace Yo!





1 comment:

  1. Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
    memanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
    seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
    dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)

    ReplyDelete

LinkWithin

LinkWithin