I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 28, 2010

Top 30 Most Beautiful Actors

Kadang-kadang golongan selebriti ni dijadikan sebagai role model bagi khalayak. Tidak kira dari semua sudut, mereka cenderung memilih selebriti kesayangan atas beberapa faktor seperti gaya penampilan, bakat lakonan atau pun tahap pelajaran. Tuah badan namanya, kau tak kenal orang pun orang akan minat kau. Well, penulis meng'establish'kan entri ini bukanlah penulis bercita-cita ingin jadi seperti mereka, owh tak mungkin..Penulis nak jadi cikgu. Paling tepat cikgu masak-masak kah kah kah teringat cerita Masam Manis P Ramlee dulu kala. 

Apa yang penulis nak sampaikan di sini adalah, selain bakat yang besar dalam bidang seni mereka juga dikurniakan wajah yang tampan. Aisey beruntung badan. Ada orang bakat besar tapi bab muka out. Ada pula bakat cam siput sedut tapi kerana wajah yang boleh jual laku lah mereka. Penulis? Owh penulis tidak mempunyai rupa dan bakat. Bagus Husrol kau merendah sedar diri. Jadi, berbekalkan info terbaru dari sebuah majalah antarabangsa penulis sertakan lah 30 aktor paling mempesonakan. Pesona ke? Orang skang da pakai Inspira la tetttttt. Nak juga tau mana satu pilihan hati wahai 'awak'..kehkehkeh..

Check it Out Yo!


30. Joshua Walter

29. Won Bin

28. Ricky Martin

27. Andy Estranged (wahh Malaysia)

26. Andrew Cooper

25. Aaron Kwok

24. Shah Rukh Khan

23. Kaka'

22. Josh Duhammel

21. Song Seung Heon

20. Jonathan Putra

19. Daniel Wu

18. Fahrin Ahmad (wahh Malaysia lagi)

17. John Abraham

16. Hrithik Roshan

15. Akihiro Sato

14. Leonardo Di Caprio

13. Hugh Jackman

12. Ashton Kutcher

11. James Franco

10. Enrique Iglesias

9. Cristiano Ronaldo

8. Tom Cruise

7. David Beckham

6. Brad Pitt

5. Francis Cadieux

4. Lucas Gil

3. Josh Hartnett

2. Ben Affleck

Eh Eh..maaf. Kesilapan teknikal.

1. Ryan Reynolds


Haa begitu lah cerita nya. Penulis merasakan banyak lagi jantan kacak di luar sana yang masih tak tersenarai. Mungkin ia dipilih atas sebab-sebab tertentu la kan. Sebenarnya cantik dan tampan itu adalah subjektif, ia terpulang kepada individu untuk menilanya. Tapi sempat gak abang baju merah tu interprame kan, biar lah dia kesian dia bagi lah peluang walau hakikatnya kau memang tak layak labu!

I'Allah jika ada kelapangan penulis akan sertakan sekali Top 30 Wanita Teranggun. Mesti 'awak' tersenarai. Ehehehe..



Sekian..Peace Yo!








Friday, November 26, 2010

BlackBerry Torch

BlackBerry Torch Yo! Saat pertama memandang hati terus terpikat, dari mata jatuh ke hati. Orang lain dari mata terus ke kedai, tapi penulis jatuh sampai hati je. Tak sanggup u. Penulis bukan tokei balak. Penulis balak orang je. Hahaha. Ok ok stop meraban, inilah smartphone terbaru keluaran BlackBerry yang diberi nama Torch. Kalau dalam kamus dwibahasa Torch tu bermaksud obor @ suluh. Mungkin company ni nak mention produk ni adalah penyuluh kehidupan kut..Eleh! Nak main suluh-suluh beli touch light la.

Produk ni telah dilancarkan Ogos lalu, tapi baru sahaja memasuki pasaran Malaysia. Smartphone BlackBerry sebelum ini adalah BB Storm, BB Tour, BB Bold, BB Pearl, BB Curve, BB Style dan paling latest semestinya BB Torch la. Bab harga ni ada yang mengatakan RM 1899, ada juga teman-teman beritahu RM 1950. Senang cerita macam ni lah, korang bawa je RM 2000, settle problemo! 

Wahh sebut 2 ribu macam 2 hengget plak kan. Cakap banyak tarak guna, mari kita layan ini gambar.





Fuhhh dapat satu kompem seminggu tak keluar umah. Makan pun tak nak.





Spesifikasi BB Torch. Sengaja bagi in English, biar korang pening sket.

  • Elegant styling, measuring approx. 4.4″ (5.8″ open) x 2.4″ x .57″ and weighing 5.68 ounces
  • 3.2″ 360×480 capacitive touch screen display
  • 35 key full QWERTY backlit slide-out keyboard, designed to feel optimally balanced when opened for typing
  • Optical trackpad that makes navigation fast and smooth
  • Powerful 624 Mhz processor with 512 MB Flash memory
  • 4 GB built-in memory storage plus a microSD/SDHD memory card slot that supports up to 32 GB cards; a 4 GB card is included giving users 8 GB of storage out-of-the-box
  • 5 MP camera with flash, continuous auto focus, image stabilization, scene modes, geo-tagging and zoom, as well as video recording at up to 640×480 resolution
  • Built-in GPS for location-based applications and geo-tagging
  • Wi-Fi? (802.11 b/g/n); qualifying smartphone customers can enjoy seamless connectivity to over 20,000 AT&T Wi-Fi hotspots at no additional cost
  • 3.5mm stereo headset jack
  • Premium phone features, including voice activated dialing, speakerphone and Bluetooth? (2.1) with support for hands-free headsets, stereo headsets, car kits (including systems that support the Bluetooth Message Access Profile standard) and other Bluetooth accessories
  • Removable, rechargeable 1300 mAhr battery that provides approximately 5.8 hours of talk time on 3G networks or 30 hours of audio playback or 6 hours of video playback



Sudah menjadi lumrah alam barang baik harga pun baiiieeeekkk la kan. Koyak Bin Rabak la jawabnya. Tapi jika anda berusaha, tiada yang mustahil. Bak kata pepatah Melayu..

  • Hendak seribu daya, tak nak beribu lah dalihnya.
  • Kalau takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.

Owh i bangga jadi Melayu sebab ada pepatah.


Sekian..Peace Yo! 






Thursday, November 25, 2010

Proton Inspira

Proton Inspira adalah produk terbaru Proton. Dilancarkan pada 10 November 2010 dan merupakan kereta ke 14 keluaran Proton. Ia menunjukkan satu fasa perubahan buat keluarga Proton umumnya, dengan kerjasama dan persetujuan bersama syarikat Mitsubishi Motors Malaysia maka Proton Inspira dilahirkan mirip rekaan Mitsubishi Lancer. Meskipun dikatakan 'klon' Mitsubishi Lancer, tetapi masih terdapat pengubahsuaian interior dan bodykit hasil sentuhan genius jurutera tempatan. Apa yang dibanggakan, Proton telah membuktikan mereka juga adalah pemain utama dalam industri otomobil negara setelah memperoleh kepercayaan bersama syarikat gergasi seperti Mitsubishi.

Belum lihat Inspira? Jangan gusar, u'alls pun tau kan si Husrol ni mesti letak gambor punya. Smart dowh..











Spesifikasi dan harga. Kiranya I buat research untuk u'alls la kan? ciss..


Type : Executive (1.8cc) & Premium (2.0cc)

Engine : MIVEC 4 Cylinder, DOHC 16V

Rime : Alloy '16

Maximum Speed : 202 km/h

Power Steering : Hydraulic

Safety : Dual SRS Airbags, Reverse sensor

Features : CD MP3 with Bluetooth, Power window


Peninsular Malaysia :
  • Inspira 1.8 M/T - RM 78 999
  • Inspira 1.8 CVT - RM 84 999
  • Inspira 2.0 CVT - RM 91 999

East Malaysia :
  • Inspira 1.8 M/T - RM 80 999
  • Inspira 1.8 CVT - RM 86 999 
  • Inspira 2.0 CVT - RM 93 999

Langkawi Price :
  • Inspira 1.8 M/T - RM 71 999
  • Inspira 1.8 CVT - RM 75 999
  • Inspira 2.0 CVT - RM 82 999


Selain itu, terdapat juga suara-suara sengau tapi masih boleh menyanyi yang mengatakan Proton Inspira ini bakal menggantikan semua teksi di Malaysia. WOW! Bagaimanalah rasanya  versi teksi ni?


Nah! Special untuk anda.






Kalau cadangan ini dapat direalisasikan, menjerit lah semua pakcik-pakcik teksi seluruh Malaysia ni yek? Tidak ketinggalan para mat Indon & abg Bangla kerana turut merasai naik teksi ni.


p/s : No plate MAH 41 adalah simbolik bagi MAHAL. So u a'lls tak payah naik k. Muahahaha..



Sekian..Peace Yo!



Sunday, November 14, 2010

Pelik Tapi Benarkah?

Entri pendek menjadi pilihan buat masa ini. Ok sekian.






Ouchhh!

Suka cili ni, tak tau lah kenapa..;)


Sekian, Peace Yo!





LinkWithin

LinkWithin