I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 5, 2010

Jom Mancing!

Ni lah entri terpantas penulis update. Baru je balik tadi, terus update demi awak tersayang. muahahaha. Lepas sembahyang Jumaat siang tadi, penulis didatangi sekeping mesej berbunyi 'Rol, lincah siap-siap aku ambik ko jap gi. Gerak mancing'. Hape lagi, penulis terus bergegas mandi dan menyiapkan alatan memancing. Sebelum bertolak, tidak dilupakan semburan Fantasia dan sedikit losyen Enchanteur di lengan. Apa-apa pun wangi itu penting.

Menempuh hampir sejam perjalanan, tibalah di destinasi iaitu Pantai Pontian terletak 50 km dari bandar JB. Pantai ni tidak lah cantik mana, tapi ramai orang datang lepak sambil menikmati cendol pulut kacang durian, abc, dan steamboat. Terdapat juga beberapa famili yang berkelah sambil membawa bayi comel sebijik cam penulis dulu kala. Tidak ketinggalan, beberapa kapel nepal dan indon yang berkeliaran mencari port untuk buat apa entah.



Baru siap pasang joran. Orang sebelah masih terkial-kial. See the leg la.


Umpan yang digunakan adalah umpun. Nak tau apa itu umpun? klik link bawah. Malas nak story.




Yeaa dapat ikan. Penulis kurang arif tajuk ikan tersebut. 
Lihatlah, betapa expert nya penulis. (kawan-kawan minta diam hanya kita-kita je yang tahu k)

Kami pulang dulu. Minta tulun bangla kacak ambilkan. Pandai jugak bangla ni guna kamera.



Setelah hampir senja atau bahasa indah sket keindahan senja kian memuncak, kami pulang dengan sedikit dukacita. Ingatkan malam nanti dapat makan siakap 3 rasa, tapi hampa ikan besar tak muncul-muncul yang ada hanya ikan kecil yang boleh dijadikan tahi gigi bro sorang yang paling kiri tuh. Kepada mereka yang kesabarannya hanya secetek air di kolam kemarau, usahlah berangan mahu ikan sebesar lengan. Kerana dalam memancing, ia menuntut kesabaran yang berlipat kali ganda. Lagi hebat dari menahan diri dapat anak yang mengamuk nak kereta control ribuan ringgit.

Kesimpulannya, semakin tinggi kesabaran seseorang, semakin besar ikan akan diperoleh. muahahahaha..


p/s: Orang tua-tua cakap, kalau tak nak badan berbau kena makan ikan banyak-banyak. Penulis tertanya gak kenapa sabun badan tak diperbuat dari ikan kan?



Sekian, Peace Yo!




2 comments:

  1. best gak nih, lama dah tak pergi memancing...heheeh!

    ReplyDelete
  2. Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
    memanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
    seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
    dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)

    ReplyDelete

LinkWithin

LinkWithin