Bertemu kembali kita di Mula Nya Di Sini..yang sememangnya akan
memberikan tip-tip berguna dan input yang berkesan kepada anda semua.
Hari ini, saya suka untuk berkongsi bersama anda semua kaedah atau teknik untuk bakal-bakal orang kaya baru, iaitu Teknik Bermain Golf. Mengapakah saya menyebut orang kaya?
Apa orang tak berapa kaya tak boleh nak main ke hah?!
Sabar-sabar..
Maksud saya di sini, permainan ini selalu nya disinonimkan dengan mereka yang kononnya orang kaya la kan. Cuba korang layan Samarinda kat TV3 tu, tak sah orang kaya atau golongan korporat ni tak main golf. Ada ke korang nampak Abg Man jual beger kat sebelah umah tu main golf? Pak Cik Sahak yang nelayan tu beli set golf ke? Haa..tak da kan?..
Berbalik kepada topik kita sebentar tadi..eksklusif membawa kan kepada anda Teknik Bermain Golf oleh...Cikgu Husrol.kehkehkeh..
Teknik Pertama
Anda haruslah mempunyai kayu golf, berstokin dan berkasut, seluar slack, dan T-shirt kolar..(tight in baru smart der). Err..kaca mata hitam korang tidak diperlukan okeh!
Sebelum membuat hayunan, anda haruslah berdiri tegak don't bengkok-bengkok ok. Pastikan anda membuka sedikit kaki (kankang) dan posisi kayu golf tepat di bukaan tengah kaki tersebut.
Siapa cakap main golf takde kekuda? Anda perlulah membongkokkan sedikit badan dan tonggekkan sedikit punggung agar hayunan akan menjadi lebih lancar dan laju. Main golf tak boleh shy-shy cat okeh!
Tarik kayu golf anda ke belakang untuk mendapatkan daya hayunan yang tinggi. Kerana menurut Cikgu Fizik saya dulu kala, hentaman yang kuat haruslah disusuli pergerakan momentum yang tinggi. Sekian..(padan lah Fizik ko teruk Husrol oii)
Teknik Kelima
Pastikan kayu anda berada di atas kepala anda. Ini kerana bagi memastikan hayunan yang akan anda lakukan sebentar lagi betul-betul 'kaw' umpama kopi cap Kapal Api.
Teknik Keenam
Hayunan bermula. Pastikan mata anda melihat tepat ke arah bola, jgn sesekali melarikan lirik mata anda yang tajam itu. Anggap lah bola itu umpama dada Jennifer Lopez meski pun anda kurang arif apa yang dimaksudkan itu.tettttt..
Teknik Ketujuh
See? Mata saya sentiasa tepat ke dada J.Lo..ehh..silap..tepat kepada bola.ish you all ni nakai tau!
Jangan lupa hayunkan sekuat hati (based on hole yang you nak tuju)
Teknik Kelapan
Setelah pukulan dibuat, pastikan kaki anda melakukan sedikit 'twice' agar pergerakan badan seiring dengan hayunan dibuat atau erti kata lain..nampak cam pro la der. Meskipun bola terhuyung hayang entah kemana. Helo! Bola i pergi jauh okeh!
Teknik Kesembilan
Kekalkan gaya sebegini untuk beberapa saat, lebih-lebih lagi jika terdapat seorang dua aweks di belakang anda. Percayalah, anda akan peroleh nombor telefon mereka selepas itu.
Jika pukulan anda masih belum cukup jauh dan tinggi, sila buat berkali-kali dengan niat yang suci serta tulus ikhlas. Barulah ilmu baru senang masuk. Tak gitu wahai murid-murid sekalian?
Jika pukulan anda masih belum cukup jauh dan tinggi, sila buat berkali-kali dengan niat yang suci serta tulus ikhlas. Barulah ilmu baru senang masuk. Tak gitu wahai murid-murid sekalian?
Teknik Kesepuluh
Ini juga merupakan salah satu teknik bermain golf. Pastikan anda berjalan megah ketika pulang. Pikul beg anda dan kekalkan mimik muka bengis itu. Barulah ada style dan sekali pandang ala-ala Tiger Woods atau Vijay Singh gitew!
Sekian sudah sesi pembelajaran kita pada hari ini. Amacam?mesti anda semua tidak sabar lagi ingin mencuba. Sebagai beginner, saya sarankan usah membazir wang anda membeli kayu golf atau aksesori lain. Biasanya kayu golf boleh disewa. Cuba belajar main dahulu, kenali setiap kayu golf dan fungsi nya, baru lah boleh bergaya seperti mereka di atas ini.
Renung-renungkan..dan..Selamat Mencuba!
Peace Yo!
wah, menarik sekali tip-tipsnya sangat membantu bagi pegolf pemula,
ReplyDeletekami tunggu tips-tips berikutnya ya..!
salam sukses dari kami
Jualsepatugolf.blogspot.com
hebatk mu yoppp
ReplyDeleteingat ada buka class .. kekekeke
ReplyDeletegitu ghupenye main golf ...
ReplyDeleteTerbaik tips ini bagi individu yang berminat bermain golf.tq
ReplyDeleteOk faham cikgu...perkongsian yg menarik.
ReplyDelete