First of most rasa nya belum terlambat utk mengucapkan Salam Lebaran kpd anda semua. Semoga anda semua turut bergembira di hari raya tahun ini. Apa?ada yang berduka?
Ouwhh..elok la tu, kebetulan entri kali ini saya akan memberi tips yang sgt berkesan kepada anda semua. Saban tahun selalunya anda beraya bersama Si Dia (bukan kucing kat rumah anda tau), namun pada tahun ini mungkin jodoh anda bersama Si Dia tidak berpanjangan dan anda 'dikehendaki' beraya tanpa mereka yang bergelar sang kekasih. Rilex2..banyakkan bersabar dan usah bersedih hati..Bacalah entri kali ini dan sememangnya ia..lebih hangat dari biasa! Layannnn..
Pelbagai kaedah boleh diketengahkan, bermacam-macam cara telah diperkenalkan, namun saya lebih tertarik dengan beberapa petua ini yang saya peroleh dari Al-Jazeera.(YE YE je ngko Husrol)
1. Terimalah Suratan Takdir
Ramai manusia, orang, masyarakat, komuniti di luar sana terutama golongan wanita akan meratapi pemergian pasangannya tidak kiralah pergi buat selama-lamanya mahu pun pergi mencari kekasih lain. Namun begitu, sedarkah anda takdir telah menentukan segalanya. Anggaplah ia adalah sebahagian dalam proses pembelajaran dalam kehidupan. Meskipun anda berasakan Si Dia lah yang terbaik pernah anda jumpa, tetapi mungkin terdapat hikmah yang anda belum temui. Pastinya akan ada lagi Si Dia yang menanti dan pastinya lebih 'cocok' dengan anda.
2. Luangkan Masa Bersama Rakan & Keluarga
Frust menonggeng? Helo! Perlukah anda sebagai seorang wanita menonggeng 24 jam meratapi semua itu?
Owh gila! tlg laaa jangan nk tonggeng-tonggeng..BUASIR okeh! Luangkanlah masa bersama rakan, banyakkan aktiviti bersukan, bersosial, atau beriadah bersama keluarga. Lakukanlah sekerap mungkin kerana anda akan mempunyai aktiviti daripada buang masa menjenguk hand phone anda dengan harapan akan ada mesej darinya.
3. Selalu Berenang dan Menyelam
Mesti u'alls pelik kan dengan tajuk ini? Haa jangan tak tahu, menurut kajian yang dilakukan, menyelam dalam air dapat mengelakkan anda dari menangis dan terus menangis. Jadi, selepas anda clash ataupun putus kasih, cepat-cepatlah cari swimming pool berdekatan untuk menyelam. Dengan ini, anda akan sukar menangis dan akan melupakannya buat seketika.
Ye saya pernah menyelam..isk.isk..
4. Jauhi Telefon Bimbit Mu
Seandainya Blackberry anda mahupun Sony Ericsson ASPEN ataupun IPhone 4 anda berada berdekatan dengan anda saban hari, percayalah anda akan terus menangis meratapi pemergiannya. Jauhi hand phone anda. Sekarang! Ye Sekarang..atau pun buat-buat lupa letak kat mana (penulis pernah buat, sedikit masa dahulu). Berkesan juga.
5. Aktiflah Bersama Laman Sesawang
Haa..ini penulis sangat suka lakukan! Setelah anda bergelar duda seksi, ataupun janda
6. Berdoa & Berserah
(Dengan nada serius..) Banyakkan berdoa kepada Tuhan untuk dipertemukan dengan mereka yang memenuhi impian anda. Jangan hanya berserah tetapi tiada jalan ke arah itu (mencari jodoh). Ye benar kalau jodoh tidak kemana, tetapi bagaimana jika jodoh itu mempunyai tayar atau kaki..pasti ia akan merayap entah kemana. Percayalah seseorang yang baik akan mendapat jodoh yang baik. Begitu jugalah sebaliknya. Buat baik sekarang!
Haa..begitu lah ceritanya. Pilihlah yang mana anda gemar lakukan. Jika tanya penulis, penulis suka lakukan yang nombor 6. Diingatkan, semua di atas ini bukan lah pengalaman penulis, sekali lagi bukan pengalaman penulis. Hanya perkongsian ilmu duniawi..kehkehkeh..
Sekian..Peace Yo!
No comments:
Post a Comment