Selamat kembali ke MULA NYA DI SINI..
Memandangkan semalam saya tidak berkesempatan
untuk membebel panjang..maka hari ini dalam entry terbaru ni
saya akan terus-menerus memperkenalkan..
siapakah pemilik nama Husrol Syaufiq..hehe
(dahsat gila glamour ngko nih kan!)
Actually, saya telah lama ingin melancarkan blog ini..chewahh mcm album la bunyi kan!
kerana ada yang mengatakan blog ini adalah satu medium untuk kita:
- menghasilkan karya
- sumber maklumat
- pengiklanan
- mencari sahabat yg hilang
- mencari jodoh
err..ada juga yang mengatakan untuk
- syok sendiri!
Korang nak cakap apa pun lantak lah yek,tapi tujuan utama saya adalah untuk..
berdakwah secara bebas..(Jgn gelak okeh!)
Saya seorang lelaki yang dilahirkan di Kelantan
Namun begitu saya telah dibawa lari ke Johor..atas dasar beberapa sebab.
Kini saya telah menetap di Johor hampir 20 tahun. Lama tuhhh..tapi seyesly kalau korang tanya di manakah rumah Mawi World tuh, aku pun xtau la dok..tak sempat nak explore.
Kini masih study di....perlu ke nak tahu?haha..
ada lahh..of course di Johor gak
I'allah next year dalam bulan 6 habislah pengajian saya..doakan la yek.
Saya masih mempunyai kedua orang tua..
Seorang ayah yang kacak..(like son like father)
dan seorang umi yang ayu..
Abg yang hitam manis
Adik perempuan yang sweet
Adik lelaki yang agak segak
dan si bongsu yang manja
Jadi berapakah jumlah semua?
7 orang?ye..BETUL..10 markah untuk anda.
Err..yang sulong tiada di sini kerana beliau berada di luar negara.
Apa?Umur saya?
Ini adalah soalan yang sangat saya suka..
dari diploma hingga lah degree ini (ceh padahal ko nak mention yang ko ni ada degree kan!) tak pernah lagi orang meneka dengan tepat umur saya.haha..
Apa comel sangat ke saya ni yang dorang ckp umur 15?Haisshhh..
Agak2 la der..muka jambu ala2 Adnan Sempit ni berapa la umur nya erk?
18?20?22?24?26?
Semestinya bukan no ganjil kerana saya lahir dalam tahun 88.haa..kan da terbagi tahu..
Btw,apa lagi yang dirasakan perlu yek?
Hobi?
tak nak..tak nak..lain lah!
Cita-cita?emm..
teringin nak pegang senapang.haha..
Untuk pengetahuan semua,saya masih bujang..tapi belum terlajak
Masih teruna..(haa lu pikir la sendiri)
Single but not available..hmm?! Baik tak payah single! Sengal..
Rasa nya cukup la dulu leteran saya di entry ini..
kalau tiada arang melintang esok lusa saya akan kembali dengan isu
yang lebih segar dari ladang!
See you okeh!
Peace Yo!
No comments:
Post a Comment