I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 9, 2011

Saya Seorang Jurulatih

WEEEEIIIHUUUU..

ASSALAMUALAIKUM..

PEKABO YOP! BERTEMU KEMBALI!

Sangat excited bertemu kalian di tahun baru ini, ku susun 10 jari memohon keampunan kerana telah 2 bulan blog ini tidak diupdated dan dibiarkan tersadai begitu sahaja. Bukannya menghilangkan diri, jauh sekali membawa diri, tidak sesekali bunuh diri..eh eh apa melalut..

Cuma penulis bermuhasabah diri seketika setelah menempuh 2010 yang penuh ranjau onak duri (macam la kau kerja askar!). Apa pun, awak apa khabar syg? Abg di sini sihat2 sahaja..haha..

Baiklah, hari ini penulis bercadang ingin berkongsi pengalaman penulis sebagai seorang juruletih jurulatih tenis. Gempak tak bunyi?

Apasal korang senyum? Kuang asam tak caya la tu..Nah ambik kau!



Haa..baru permulaan.

Sebagai seorang jurulatih tanpa tauliah, agak seronok memarahi pemain muda. Tak caya try la marah budak-budak sekolah cam depa ni. Best gila terasa diri ini macam K Rajabobal. Setiap arahan kita, mereka pasti ikut..I memang suka ragging budak sejak bangku sekolah lagi! Muakakakakax..


Pelatih 1 : Zulfekar

Pelatih 2 : Amer

Pelatih 3 : Ariff Zainal

Pelatih 4 : Abd Mujeeb

Mereka sememangnya si cilik yang berbakat, tapi kurangnya pendedahan di peringkat sekolah. Al-maklumlah tidak semua sekolah mengamalkan sukan ini dalam teras silibus PJK mereka. Kesian dorang, anak sapa la ni..ekekekeh..Oleh itu, penulis mengambil tanggungjawab sosial ini melatih asas tenis kepada mereka meskipun pukulan penulis pun kadang-kadang ke jaring jugakkkk. Ok dah jgn nak gelak.

Sekarang turn I pula k memperagakan lagak ngeri.




Sengaja tak nak lompat, dikhuatiri bola makin laju..:) Bukan badan makin berat okeh!


Ngeri tak lagak I? Grrr..Grrr..


The star in progress.

Begitu lah kisahnya. Actually, banyak aktiviti yang penulis lalui ketika penulis bermuhasabah diri. Akan penulis kongsi bersama anda semua. Sharing kan is caring. Nantikan part II, penulis menjadi penasihat tarian Ballet. Haha betul tak tipu!



Sekian..Peace Yo!





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin