I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 29, 2010

Futusgrapi UTM

Futusgrapi ini telah berlansung pada bulan lepas kalau tak silap penulis, tapi kalau silap jangan la marah. Kalau diingat balik, kenangan di sekolah dulu lagi besh! Tiap tahun mesti ada je orang luar datang nak ambik gambar i ceh gila poyo lu padahal kena beli gambar tu. Tak tau lah kenapa, dulu takdelah tampam macam sekarang. Tiap tahun boleh pose gaya yang pelbagai, tiap tahun juga dapat bergambar dengan kawan yang berbagai. Oh sekolah ku. Ok dah stop.

Gambar-gambar di bawah ini adalah sebelum dan selepas futushut berlangsung. Biasalah, kalau dah nama budak Marketing memang tak reti duk diam lagi-lagi kepala hantu yang baju hitam tu. Nampak? Haa yang demuk sket ala-ala sponge bob baru serap air tu. I bukan k, I lelaki ayu.


Ni lah dia. Tengok muka pun gila Naughty America. Eh macam pernah dengar je nama tu.

Eh..ayu nyee.

Kawang-kawang.

Haa kan I da cakap. Dia ni abnormal sket. Tengok lah tu, tengok.

Tapi kadang-kadang penulis terjebak sama. Muakakakaka!

Bachelor of Management (Marketing) 3rd Year 2010/2011. Yang duduk baju merah tu ketua darjah.

Ehh..jangan la amek dekat-dekat camni. Malu r. Menci tau.

Kami memang dahsyat tika bergambar.

Sekian dari kami..




Eh ada satu lagi.




Okeh, Bubbye.



Peace Yo!



Thursday, October 28, 2010

Most Dangerous Waterfall in The World

Haishh ni lah akibat kalau banyak masa terluang, kerja nya mengemaskini cerita je. Untuk awak juga kan?haha..


Baik lah, hari ni penulis nak share dengan anda semua air terjun yang dikenali sebagai Niagara Falls. Selain dikenali sebagai air terjun tercantik, ia juga dikenali sebagai yang terbahaya..eh silap..paling bahaya. Niagara Falls terletak di Ontario iaitu sempadan Canada dan USA. Nak tau kenapa bahaya?


Layan ini gambar..ekslusif kepada awak, eh silap lagi..kepada anda.






Anak beranak ini memperjudikan nyawa mereka. Dah puas hidup ke tok?



Bagi seribu pun tak sanggup i nak buat aksi ini. Tapi kalau lima ribu, ok.



Nasib baik kat Malaysia takde air terjun seumpama ini. Kalau ada, lama dah penulis buka syarikat insurans, tak pun perkhidmatan wasiat kepada pelancong.

Sekian.

Peace Yo!









Kuasa Photoshop

Adobe Photoshop dilahirkan pada 1987 berpangkalan di United States. Direka baikkk punya oleh Thomas Knool dan saudaranya John Knool. Mereka menawarkan perisian ini kepada Adobe System dan Adobe System bersetuju membeli rekaan tersebut lalu melancarkannya di bawah label Adobe Photoshop. Kayo betul 2 ekor tuh, jutawan segera meyh. Versi pertama yang diperkenalkan ialah Photoshop V 0.63 yang dilancarkan pada Oktober 1988 dan yang terbaru lagi terkini adalah pada Oktober 2008  iaitu V CS4 11.0.

Mau lihat kuasanya? Haa rasakan.



Janda Brad Pitt, si Jennifer Aniston.

Linsay Lohan pregnant.

George W Bush pun jadi mangsa.

Tembam kau Christina Aguilera.

Agak-agak J.Lo baling tak heels dia kalau tengok pic ni?

Hamboii cik akak ni. Tak hengat!

Jim Carrey yang scary.

alaa tomey-tomey Cameron Diaz.



Mau Lagi?




OK, DAH CUKUP


Begitulah penangannya Photoshop ini. JADI BERHATI-HATI LAH ANDA SEMUA. Jangan wajah anda pula yang ada dalam blog ini. Muakakakakax!! (gelak jahat)

p/s: Kalau ada pic kawan-kawan saya lagi syok! Lagi-lagi orang yang saya sayang. ekekekekeh..

Sekian.

Peace Yo!








Wednesday, October 27, 2010

Si Kembar & Aksi Cermin

Anda mempunyai kembar seiras? Cantekkk..tiru lah aksi ini. Anda berpotensi mendapat kontrak dalam Bang Bang Boom musim kelima bersama TV3. Just For Laugh pun ok.


Pasangan kembar sedang mendengar taklimat.



Sweet nya awak.


Tak teragak-agak abg botak berdua ni. Specs dan hand phone pun boleh sama lagi. Tau la mahal.



Aksi Cermin bermula..





Mau tak garu kepala beb tengok aksi diorang ni.

Dah turun pun diorang boleh berlakon lagi. Haha. Eh saya gelak sorang.

Tahniah. Lepas ni datang la LRT Malaysia pula k.


Idea best! Kalau penuh orang dalam train tu lagi havoc kan? Try la buat aksi ni u'alls. Lagi gempak kalau buat ramai-ramai kat R&R Ayer Keroh ke, swimming pool ke, kenduri kahwin ke. Tak sabar nak ada anak kembar. Muahahahaha.

Sekian.

Peace Yo!










Tuesday, October 26, 2010

Ada Apa Dengan Kertas?

Percayakah anda sekiranya penulis mengatakan sehelai kertas mampu 'menghidupkan watak' tanpa meninggalkan secalit dakwat pen mahupun pensil?

Tak percaya? Mari layan ini gambar..

















Masih tak percaya? haha..Kadang-kala suatu benda tu sukar untuk diterima dek akal, tapi itulah realitinya. Kreativiti yang sangat mengagumkan! Tahniah Husrol! Ehh takde kena mengena.


Peace Yo!













LinkWithin

LinkWithin