I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 28, 2010

Teknik Bermain Golf

Salam 1 MALAYSIA.

Bertemu kembali kita di Mula Nya Di Sini..yang sememangnya akan
memberikan tip-tip berguna dan input yang berkesan kepada anda semua.

Hari ini, saya suka untuk berkongsi bersama anda semua kaedah atau teknik untuk bakal-bakal orang kaya baru, iaitu Teknik Bermain Golf. Mengapakah saya menyebut orang kaya?

Apa orang tak berapa kaya tak boleh nak main ke hah?!
Sabar-sabar..

Maksud saya di sini, permainan ini selalu nya disinonimkan dengan mereka yang kononnya orang kaya la kan. Cuba korang layan Samarinda kat TV3 tu, tak sah orang kaya atau golongan korporat ni tak main golf. Ada ke korang nampak Abg Man jual beger kat sebelah umah tu main golf? Pak Cik Sahak yang nelayan tu beli set golf ke? Haa..tak da kan?..

Berbalik kepada topik kita sebentar tadi..eksklusif membawa kan kepada anda Teknik Bermain Golf oleh...Cikgu Husrol.kehkehkeh..

Teknik Pertama

Anda haruslah mempunyai kayu golf, berstokin dan berkasut, seluar slack, dan T-shirt kolar..(tight in baru smart der). Err..kaca mata hitam korang tidak diperlukan okeh!

Teknik Kedua


Sebelum membuat hayunan, anda haruslah berdiri tegak don't bengkok-bengkok ok. Pastikan anda membuka sedikit kaki (kankang) dan posisi kayu golf tepat di bukaan tengah kaki tersebut.

Teknik Ketiga

Siapa cakap main golf takde kekuda? Anda perlulah membongkokkan sedikit badan dan tonggekkan sedikit punggung agar hayunan akan menjadi lebih lancar dan laju. Main golf tak boleh shy-shy cat okeh!

Teknik Keempat

Tarik kayu golf anda ke belakang untuk mendapatkan daya hayunan yang tinggi. Kerana menurut Cikgu Fizik saya dulu kala, hentaman yang kuat haruslah disusuli pergerakan momentum yang tinggi. Sekian..(padan lah Fizik ko teruk Husrol oii)

Teknik Kelima

Pastikan kayu anda berada di atas kepala anda. Ini kerana bagi memastikan hayunan yang akan anda lakukan sebentar lagi betul-betul 'kaw' umpama kopi cap Kapal Api.

Teknik Keenam

Hayunan bermula. Pastikan mata anda melihat tepat ke arah bola, jgn sesekali melarikan lirik mata anda yang tajam itu. Anggap lah bola itu umpama dada Jennifer Lopez meski pun anda kurang arif apa yang dimaksudkan itu.tettttt..

Teknik Ketujuh


See? Mata saya sentiasa tepat ke dada J.Lo..ehh..silap..tepat kepada bola.ish you all ni nakai tau!
Jangan lupa hayunkan sekuat hati (based on hole yang you nak tuju)

Teknik Kelapan

Setelah pukulan dibuat, pastikan kaki anda melakukan sedikit 'twice' agar pergerakan badan seiring dengan hayunan dibuat atau erti kata lain..nampak cam pro la der. Meskipun bola terhuyung hayang entah kemana. Helo! Bola i pergi jauh okeh!

Teknik Kesembilan


Kekalkan gaya sebegini untuk beberapa saat, lebih-lebih lagi jika terdapat seorang dua aweks di belakang anda. Percayalah, anda akan peroleh nombor telefon mereka selepas itu.

Jika pukulan anda masih belum cukup jauh dan tinggi, sila buat berkali-kali dengan niat yang suci serta tulus ikhlas. Barulah ilmu baru senang masuk. Tak gitu wahai murid-murid sekalian?

Teknik Kesepuluh

Ini juga merupakan salah satu teknik bermain golf. Pastikan anda berjalan megah ketika pulang. Pikul beg anda dan kekalkan mimik muka bengis itu. Barulah ada style dan sekali pandang ala-ala Tiger Woods atau Vijay Singh gitew!

Sekian sudah sesi pembelajaran kita pada hari ini. Amacam?mesti anda semua tidak sabar lagi ingin mencuba. Sebagai beginner, saya sarankan usah membazir wang anda membeli kayu golf atau aksesori lain. Biasanya kayu golf boleh disewa. Cuba belajar main dahulu, kenali setiap kayu golf dan fungsi nya, baru lah boleh bergaya seperti mereka di atas ini.

Renung-renungkan..dan..Selamat Mencuba!

Peace Yo!



Thursday, August 26, 2010

Lemak Babi Burger King

Selamat Pagi You All.

Dalam keheningan pagi yang syahdu ini..
Ingin saya ketengahkan satu isu yang mungkin anda semua terlepas pandang.
Berkenaan bahan makanan yang terkandung dalam satu menu makanan segera.

Makanan ini sungguh mengasyikkan..dan ia adalah..
BURGER KING.

Nak kata palsu pun, udah terang lagi bersuluh.
Nak kata betul pun, takut super impose.
Tapi apa kejadah nya super impose sedemikian rupa.

Senang cerita, lu olang layan la ini gambar.

   Haa..can see? Gambar itu 'lembu pendek' khas untuk Burger King.

Tak kira lah Sausage Fatties ke, Fishball Fatties ke, Fries Fatties ke..
kalau itu gambar 'lembu pendek' masih berkeliaran di kotak itu..what can I say my friend!

Kalau korang masih blur apakah yang bujur-bujur itu? Itu lah daging beger yang tidak terjual atau bahasa cantik sket adalah..tak laku weih!!

WALAUWE! Banyak gila kan tak terjual? Ini lah yang dikatakan membazir 
amalan syaitan.kehkehkeh..

Haa..kesimpulannya. Lu pikir la sendiri!
Assalamualaikum..

Peace Yo!

Sumber ihsan www.muslimconsumer.org

Sesi Suai Kenal

Salam & Selamat Sejahtera

Selamat kembali ke MULA NYA DI SINI..

Memandangkan semalam saya tidak berkesempatan
untuk membebel panjang..maka hari ini dalam entry terbaru ni
saya akan terus-menerus memperkenalkan..
siapakah pemilik nama Husrol Syaufiq..hehe
(dahsat gila glamour ngko nih kan!)

Actually, saya telah lama ingin melancarkan blog ini..chewahh mcm album la bunyi kan!
kerana ada yang mengatakan blog ini adalah satu medium untuk kita:

  • menghasilkan karya
  • sumber maklumat
  • pengiklanan
  • mencari sahabat yg hilang
  • mencari jodoh
err..ada juga yang mengatakan untuk
  • syok sendiri!
Korang nak cakap apa pun lantak lah yek,tapi tujuan utama saya adalah untuk..
berdakwah secara bebas..(Jgn gelak okeh!)

Saya seorang lelaki yang dilahirkan di Kelantan
Namun begitu saya telah dibawa lari ke Johor..atas dasar beberapa sebab.
Kini saya telah menetap di Johor hampir 20 tahun. Lama tuhhh..tapi seyesly kalau korang tanya di manakah rumah Mawi World tuh, aku pun xtau la dok..tak sempat nak explore.

Ni rumah si World tu, tapi aku pun kurang pasti jalan masuk ke sini.

Kini masih study di....perlu ke nak tahu?haha..
ada lahh..of course di Johor gak
I'allah next year dalam bulan 6 habislah pengajian saya..doakan la yek.
Saya masih mempunyai kedua orang tua..

Seorang ayah yang kacak..(like son like father)
dan seorang umi yang ayu..

Abg yang hitam manis
Adik perempuan yang sweet
Adik lelaki yang agak segak
dan si bongsu yang manja

Jadi berapakah jumlah semua?
7 orang?ye..BETUL..10 markah untuk anda.

      Err..yang sulong tiada di sini kerana beliau berada di luar negara.

Apa?Umur saya?
Ini adalah soalan yang sangat saya suka..
dari diploma hingga lah degree ini (ceh padahal ko nak mention yang ko ni ada degree kan!) tak pernah lagi orang meneka dengan tepat umur saya.haha..

Apa comel sangat ke saya ni yang dorang ckp umur 15?Haisshhh..

Agak2 la der..muka jambu ala2 Adnan Sempit ni berapa la umur nya erk?
18?20?22?24?26?
Semestinya bukan no ganjil kerana saya lahir dalam tahun 88.haa..kan da terbagi tahu..

Btw,apa lagi yang dirasakan perlu yek?
Hobi?
tak nak..tak nak..lain lah!

Cita-cita?emm..
teringin nak pegang senapang.haha..

Untuk pengetahuan semua,saya masih bujang..tapi belum terlajak
Masih teruna..(haa lu pikir la sendiri)
Single but not available..hmm?! Baik tak payah single! Sengal..

Rasa nya cukup la dulu leteran saya di entry ini..
kalau tiada arang melintang esok lusa saya akan kembali dengan isu
yang lebih segar dari ladang!

See you okeh!

Peace Yo!

Wednesday, August 25, 2010

Saya Budak Baru Belajar

Assalamualaikum w.b.t.
First and foremost..ini adalah karya pertama saya.
Biasanya untuk karya yang pertama tidak banyak yang ingin saya perkatakan..
ececeh..ayat!

Saya akan berusaha untuk meyakinkan anda semua bahawa blog ini
akan memberikan input yang berguna kepada anda semua..
(kalau xbanyak pun sedikit jadi la kann..)

So..enjoy this blog meskipun belum ada sebarang gosip.
Will be soon!

Seperti kanak-kanak riang yang lain juga..
saya turut berminat untuk meng'introduce' diri ini serba sedikit

Nama yang diberi adalah..
xpayah la kan nama betul
cukup la korang semua panggil Husrol..
nama panjang Abg Husrol..kehkehkeh
kalau selisih bahu di bazar Ramadhan ke
Kedai Runcit AhChai ke
Warung Nasi Lemak Kak Senah ke
Cukup la sekadar pekik 'Rol'..adeih manja la plak!

So..memandangkan esok pagi saya akan menempuhi
test Tourism Marketing di kampus
maka x boleh la saya membebel panjang..masa untuk study!

Jumpa lagi di lain masa ya!
Jgn lupa nama saya..

HUSROL..;)

p/s : xkenal maka x cinta kan..
       tapi x nak la cinta-cinta dulu k
       kita kenal-kenal dulu la
       haha..maka saya tercicir kan la sekeping gambar saya
       buat kenal-kenalan..

       Peace Yo!

 Kau hengat kau smart ke ha tunjuk gambo yang berkaca mata! Pigi daa..

LinkWithin

LinkWithin